Podolski Dedikasi Kemenangan Kepada Schumacher

Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 12:11 PM

Podolski (kanan) melihat aksi Schumacher (tengah)cuba menimbang bola pada satu sesi latihan skuad Jerman pada tahun 2012.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Jerman, Lukas Podolski menghadiahkan kemenangan 4-0 ke atas Portugal kepada kawannya, Michael Schumacher yang dilaporkan telah sedar dari koma pada Isnin.

Podolski yang hanya mula beraksi pada minit ke-82 berkata, pasukan Jerman telah dikhabarkan dengan berita gembira mengenai bekas juara dunia Formula Satu itu.

Schumacher berada dalam keadaan koma sejak Disember lalu selepas mengalami kemalangan ketika bermain ski.

"Dia telah keluar dari hopistal dan itu berita penting buat kami. 

"Schumacher semakin pulih dan ini adalah saat yang menggembirakan.

"Apabila kamu menerima berita baik daripada sabahat baik ia sekaligus memberi semangat untuk membuat yang lebih baik dan saya sangat teruja.

"Dia seorang baik baik hati dan juga 'gilakan' bola sepak.

"Mungkin dia akan tengok perlawanan atau mengambil tahu keputusan," katanya.

Pada aksi bertemu Portugal awal pagi Selasa, Thomas Muller melakukan hatrik manakala Mats Hummels menjaringkan satu gol bagi kemenangan pertama peringkat Kumpulan G.

Tags / Kata Kunci: Piala dunia , jerman , Michael Schumacher

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan