Arsenal Sedia Bayar £25 Juta Untuk Balotelli

Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL dilaporkan bersedia membayar sebanyak £25 juta kepada AC Milan untuk mendapatkan Mario Balotelli.

Minat Arsenal untuk mendapatkan 'budak nakal' itu semakin meningkat apabila pemain berkenaan berjaya membantu Itali mencatat kemenangan ke atas England dalam saingan Piala Dunia.

Mirror Sport mendedahkan AC Milan ingin menjual Balotelli bagi menyelesaikan masalah kewangan yang ditanggung.

Selain Arsenal, Monaco antara pasukan yang turut berkeinginan mendapatkan Balotelli ketika ini.

Bagaimanapun sumber Arsenal mendedahkan, Arsene Wenger akan mendapatkan penyerang berusia 23 tahun itu kerana dia meminatinya sejak pemain terbabit bersama Manchester City lagi.

Arsenal dijangka akan mendapatkan Balotelli selepas kempen Piala Dunia tamat.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Piala Dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan