Ronaldo Sedia Serang Kubu Jerman

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 12:29 PM

Lutut Ronaldo masih lagi berbalut ketika menjalani latihan pada Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo berkata, tiada yang lebih penting dalam kariernya buat masa ini selain mengisytiharkan dirinya cergas menjelang pertemuan dengan Jerman bagi peringkat kumpulan G awal pagi Selasa.

Sebelum ini tahap kecergasan Ronaldo menjadi tanda tanya selepas mengalami kecederaan di lutut kiri walaupun turut menjalani latihan pada Ahad lalu.

"Saya telah menjalani latihan beberapa hari dan saya berbuat demikian kerana keadaan bertambah baik," jelasnya.

"Jika tidak bersedia, saya sendiri yang akan memberitahu jurulatih yang saya tidak boleh bermain.

"Saya juga bersedia beraksi menyerang kubu pertahanan Jerman nanti".

Ronaldo merupakan penjaring terbanyak di kelabnya Real Madrid malah turut membantu menjulang gelaran juara, namun dia hanya mencipta dua gol daripada 10 perlawanan dalam Piala Dunia.

Gol pertamanya pada tahun 2006 ketika penalti bertemu Iran, manakala satu lagi ketika aksi kemenangan 7-0 bertemu Korea Utara 2010.

Tags / Kata Kunci: piala dunia , portugal , cristiano ronaldo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan