Brazil Pelopor Inovasi Moden Piala Dunia 2014

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

BRAZIL menjadi penganjur Piala Dunia pertama yang mula menggunakan teknologi moden lebih inovatif.

Selain penggunaan teknologi garisan gol yang digunakan ketika perlawanan Perancis menentang Honduras pada Isnin, edisi 2014 ini juga lebih menarik dengan kelengkapan moden bagi pemain.

Penggunaan teknologi garisan gol.


But menjadi elemen penting kepada seseorang pemain. Inovasi but terkini yang dinamakan 'Mercury Superfly' dicipta khas dan dikatakan lebih ringan dan stabil. 

Manakala inovasi moden lain yang dilihat adalah rekaan jersi yang mampu menyejukkan suhu badan pemain seperti jersi yang dipakai pemain-pemain Brazil.

Lebih 56 peratus jersi tersebut menyerap peluh pemain berbanding sebelum ini.

Malah 'vest' turut disedia untuk dipakai oleh pemain selepas perlawanan ataupun ketika menjalani latihan.Vest berteknologi ini disimpan ditempat sejuk beku bagi memastikan suhu sejuk berada dalam keadaan baik. 

Jersi Brazil direka khas mampu menyejukkan suhu badan pemain.


Namun paling menarik perhatian peminat-peminat bola sepak dunia adalah penggunaan 'spray' atau semburan oleh pengadil ketika sebelum pemain memulakan sepakan percuma.

Semburan putih digunakan untuk membuat bulatan atau garisan bagi memastikan kedudukan bola atau pemain di tempat yang diarahkan oleh pengadil.

Pengadil dari Jepun, Nishimura menjadi pegawai perlawanan pertama menggunakan spray ini ketika perlawanan pembukaan di antara Brazil dan Croatia.


Ketika itu, Nishimura dilihat membuat garisan di depan barisan pemain Croatia yang membuat benteng sebelum sepakan percuma dilakukan.

Fakta penggunaan spray:

1. Memastikan pemain-pemain yang membuat benteng pertahanan berada dalam kedudukan yang betul.

2. Kad kuning akan dilayangkan sekiranya ada pemain yang melepasi garisan putih ini.

3.Semburan ini akan hilang dalam tempoh satu minit selepas digunakan.

4. Akan digunakan pada aksi Liga Juara-Juara musim depan.

5. Mampu mengelak daripada aksi tolak menolak di kalangan pemain sebelum sepakan percuma dibuat.
Tags / Kata Kunci: spray , garis teknologi , but

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan