Gol Messi Bantu Kemenangan Argentina

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 8:58 AM

(Ubah saiz teks)

LIONEL Messi menunjukkan aksi dan kehebatannya dengan  menghadiahkan satu gol, membawa kemenangan 2-1 ke atas Bosnia Herzegovina dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F di Maracana.

Gol pertama Argentina diperolehi hasil kesilapan pemain pertahanan Bosnia, Sead Kolasinac yang menolak bola ke gawang sendiri membenarkan juara dunia dua kali, Argentina mendahului 1-0 seawal minit ketiga.

Jaringan sendiri itu adalah terpantas dalam sejarah Piala Dunia.

Pemain lincah Barcelona itu kemudian meletakkan Argentina di kedudukan 2-0 pada mminit ke-65. 

Bosnia tidak mengalah sebaliknya mengasak kubu lawan pada 10 minit terakhir permainan dan berjaya merapatkan jurang 2-1 menerusi Vedad Ibisevic pada minit ke-84.
Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , Piala Dunia 2014 , Argentina

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan