Fabregas Dedah Arsenal Tolak Dirinya Untuk Kembali - Bola Sepak | mStar

Fabregas Dedah Arsenal Tolak Dirinya Untuk Kembali

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 12:12 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Sepanyol, Cesc Fabregas mendedahkan dia terpaksa memilih Chelsea untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris musim depan selepas pengurus Arsenal memberitahunya bahawa posisi yang ditinggalkan sudah diambil alih oleh Mesut Ozil.

Arsenal mempunyai pilihan untuk mendapatkan semula bekas pemain tengahnya selepas Fabregas mengumumkan untuk meninggalkan Barcelona pada hujung musim lalu.

On your bike, son: Fabregas cycles into training in Curitiba on Sunday

Bagaimanapun, tindakan Chelsea membuat bidaan pantas menyebabkan Fabregas memilih pasukan tersebut dengan yuran perpindahan sebanyak £30 juta.

"Kami berbincang dengan Wenger tetapi dia memberitahu sukar untuk memberikan posisi tengah kepada saya kerana ia telah diambil alih oleh Ozil," kata Fabregas pada sidang media Piala Dunia di Brazil.

Tambahnya, bagaimanapun dia telah melakukan pilihan yang terbaik apabila berjaya berada dalam antara tiga skuad utama Liga Perdana Inggeris.

Moving: Fabregas signed for Chelsea in a £30million deal instead after speaking with Jose Mourinho

"Saya bercakap dengan Mourinho dan dia berkata ingin mendengar saya beredar lebih pantas dari Barcelona ke Chelsea," ujarnya.


Tags / Kata Kunci: Arsenal , Sepanyol , Brazil , Chelsea
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan