Gara-Gara Cedera Kaki, De Gea Terlepas Dua Perlawanan

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 11:05 AM

Penjaga gol Sepanyol: De Gea (kiri), Reina dan Casillas (kanan).

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol Sepanyol, David De Gea mengalami kecederaan kaki dan terpaksa berehat selama sepuluh hari.

Berikutan keadaan tersebut, De Gea dijangka terlepas dua perlawanan peringkat kumpulan bertemu Chile dan Australia.

Kapten pasukan yang juga penjaga gol utama, Iker Casillas dilihat akan mengambil alih tugas utama pasukan juara bertahan ini walaupun mempamerkan aksi buruk ketika tewas 5-1 kepada Belanda Sabtu lalu.

Selain Cassilas, Pepe Reina antara penjaga gol yang disebut-sebut untuk menjaga gawang pada aksi bertemu Chile di Maracana Rabu ini.

Tags / Kata Kunci: Piala dunia , bola sepak , Sepanyol

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan