Piala Dunia: Tandukan Balotelli Menangkan Itali Ke Atas England 2-1

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 9:00 AM

Pemain Itali, Mario Balotelli (tengah) membuat tandukan kemas ketika menjaringkan gol dalam perlawanan Piala Dunia 2014 antara Itali dan England di Amazonia Arena di Manaus, Brazil pada pagi Ahad. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PERLAWANAN Kumpulan D pada Piala Dunia 2014 antara Itali dan England begitu sengit namun tandukan Mario Balotelli menjadi penentu kepada kemenangan Itali dengan jaringan 2-1.

Penguasaan bola pasukan Itali nampaknya lebih kukuh dalam perlawanan ini namun aksi kecemerlangan England turut mampu melemahkan pertahanan pasukan Gli Azzurri itu.

Itali menerusi permainannya yang lebih terancang berjaya meraih gol pembukaan pada minit ke-35 menerusi tendangan cekap Claudio Marchisio dari luar kotak penalti yang menggagalkan kawalan penjaga gol pihak lawan, Joe Hart.

Walaupun ketinggalan satu jaringan tetapi Englas terus memberi saingan dengan pantas apabila memperoleh jaringan pada minit ke-37, hanya berselang dua minit dari gol pembukaan.

Pasukan The Three Lions itu berjaya memberi serangan balas menerusi pemainnya, Daniel Sturridge yang menyambut bola, dilambung dari Wayne Rooney dengan begitu sempurna.

Tindakan kemas itu menyukarkan penjaga gol Salvatore Sirigu mempertahankan gawang pasukannya.

Sebaik sahaja skor jaringan kembali seimbang, Itali dilihat lebih mendominasi sejak awal perlawangan berjaya merebut dua peluang melalui Balotelli dan Antonio Candreva. 

Namun, usaha kedua-duanya masih gagal memperoleh sebarang jaringan kerana gawang pihak lawan berjaya dipertahankan.

Itali bagaimanapun kembali meraih jaringan seterusnya menerusi Balotelli sebaik sahaja perlawanan memasuki separuh masa kedua.

Penyerang AC Milan itu nyata berjaya menyambut umpan dari Candreva di hadapan gawang England sehingga Hart nampaknya sukar untuk membuat halangan.

England beberapa kali melakukan serangan dan mempunyai beberapa peluang melalui Rooney tetapi penyerang Manchester United itu gagal mempamerkan sebarang jaringan yang mampu mengimbangi antara kedua-dua pasukan.

Pasukan Itali terus mempertahankan dengan keputusan 2-1 sehingga ke akhir perlawanan.

Senari pemain:

England: Hart, Johnson, Cahill, Jagielka, Baines, Gerrard, Henderson, Rooney, Sterling, Welbeck, Sturridge. Subs: Barkley, Wilshere, Lallana.

Itali: Sirigu, Chiellini, Darmian, Candreva, Marchisio, Balotelli, Barzagli, De Rossi, Paletta, Pirlo, Verratti. Subs: Motta, Immobile, Parolo.

Statistik:

Penguasaan Bola: England 48% - 52% Itali

Tendangan Ke Gawang: England 8 - 5 Itali

Jaringan: England 1 (Sturridge 37'), Itali 2 (Marchisio 35', Balotelli 50')

Tags / Kata Kunci: piala dunia , mario balotelli , itali , england

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan