Piala Dunia: Ivory Coast Sempat Peroleh Kemenangan Ke Atas Jepun

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 11:22 AM

Pemain Ivory Coast, Gervinho (kanan) meraikan kemenangan selepas pasukan itu menjaringkan gol dalam perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2014 ketika menentang Jepun di Pernambuco Arena di Recife, Brazil pada pagi Ahad. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

IVORY Coast berjaya memperoleh mata penuh pada perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2014 ketika menentang Jepun pada pagi Ahad meskipun tertinggal 0-1 pada separuh masa pertama.

Pasukan itu bagaimanapun berjaya mengembalikan kedudukan kepada 2-1 sekali gus mencatatkan kemenangan.

Kedua-dua pasukan tampil seimbang pada separuh masa pertama. Sejak perlawanan dimulakan, sama ada Ivory Coast atau Jepun, masing-masing menampilkan serangan yang begitu cekap can agresif.

Bagaimanapun, Jepun dilihat lebih cekap apabila mampu memaksimumkan setiap serangan dengan baik. Salah satunya adalah serangan sehingga membawa kepada jaringan pada aksi Honda di minit ke-16.

Memasuki separuh masa kedua, Jepun lebih banyak bertahan kerana tekanan yang diberikan oleh Ivory Coast. Hasilnya, Ivory Coast mampu menyamai kedudukan 1-1 menerusi tandukan Wilfred Bonny pada minit ke-64.

Hanya selang dua minit, Ivory Coast kembali mengungguli perlawanan menerusi aksi yang sama menjadikan keputusan 201.

Walaupun Jepun kembali membuat serangan balas untuk menjaringan gol seterusnya namun tetap tidak mampu menyamakan kedudukan. Keputusan 2-1 itu terus kekal sehingga tamatnya perlawanan. 

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia , Ivory Coast , Jepun

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan