Gol Penyamaan Punca Fisioterapis England Cedera

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 9:59 AM

Lewin terpaksa diusung untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital selepas cedera ketika menyaksikan perlawanan England menentang Itali pada Piala Dunia 2014.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS tidak bernasib baik apabila dibaham Itali 2-1 pada perlawanan sulung Piala Dunia 2014, England mungkin berdepan  kemungkinan kehilangan khidmat fisioterapi pasukan itu, Gary Lewin.

Semuanya gara-gara terlalu gembira dengan jaringan gol penyamaan Daniel Sturridge pada minit ke-36 perlawanan itu hingga menyebabkan Lewin mengalami kecederaan.

Kecederaan pada buku lali Ketua Fisioterapi berusia 50 tahun itu dialami ketika meraikan gol yang membawa kepada kedudukan seri 1-1 bersama pemain simpanan dan pegawai pasukan itu.

Pemeriksaan awal mendapati kecederaan pada buku lalinya agak serius hingga terpaksa diusung keluar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Lewin sudah lama berkhidmat sebagai fisioterapis pasukan itu, malah meletak jawatan di Arsenal pada 1996 untuk memberi tumpuan sepenuh masa bersama England.

Berpengalaman luas dalam bidang fisioterapi, Lewin pernah bersama Arsenal selama 22 tahun.


Tags / Kata Kunci: fisioterapis , England , Itali , Gary Lewin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan