Gas Pemedih Mata, Percikan Bunga Api Mulakan Aksi Piala Dunia Brazil

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 10:39 AM

Penyokong Brazil meraikan kemenangan skuad tuan rumah itu.

(Ubah saiz teks)

SAO PAULO: Gas pemedih mata pada waktu pagi, percikan bunga api di sebelah petang. 

Itulah dua keadaan berbeza di Brazil ketika negara itu memulakan langkah sebagai tuan rumah temasya bola sepak paling berprestij di dunia, Piala Dunia FIFA 2014, awal pagi Jumaat diselubungi insiden rusuhan sebelum disusuli sambutan besar-besaran di sepanjang jalan apabila Brazil menewaskan Croatia 3-1. 

Percikan bunga api mewarnai ruang angkasa bandar raya itu bagi setiap gol yang dijaringkan pasukan tuan rumah selepas bangkit daripada ketinggalan 0-1 kepada Crotia di Stadium Corinthians Arena. 

Sebaik tamat perlawanan, bar dan restoran dipenuhi penonton dan peminat Brazil meraikan kemenangan. 

Kedai farmasi menukar siaran di premis kepada siaran langsung perlawanan bola sepak. 

Polis menahan penunjuk perasaan yang berhimpun di hadapan Kompleks Fifa Fan Fest di Fortaleza, Brazil pada Khamis. 

Pekerja stesen minyak duduk di kerusi plastik sambil menonton televisyen skrin leper.

Selepas berbulan negara itu dilanda tunjuk perasaan kerana tidak puas hati dengan wang yang dilaburkan untuk menganjurkan temasya itu lebih AS$11 bilion, Jumaat sesetengahnya kini menonton dan meraikan kejayaan skuad bola sepak negara itu mencipta kemenangan pertama. 

“Kegembiraan ini akan membantu melegakan hati kami," kata Vera Lucia, 53, seorang pekerja bank dengan mamakai topi kuning. 

“Meskipun wujud protes dan tidak puas hati, rakyat Brazil masih mempercayai bola sepak. Di sini kami berasa dan semua menyokong skuad kebangsaan," kata 
Vanessa Silva,31, yang memakai skaf kuning dan hijau iaitu warna skuad Brazil.

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia 2014

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan