Dua Gol Neymar Bantu Brazil Atasi Croatia

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 7:20 AM

Neymar meraikan jaringannya.

(Ubah saiz teks)

NEYMAR menyelamatkan Brazil daripada dimalukan Croatia pada perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala Dunia 2014 dengan menjaringkan dua gol sebelum Oscar melengkapkan jaringan ketiga untuk mencatatkan kemenangan dramatik 3-1 di Corinthians Arena, awal pagi Jumaat.

Namun, jaringan kedua penyerang Barcelona itu menerusi sepakan penalti dianggap penuh kontroversi apabila pengadil Jepun, Yuichi Nishimura menyalahkan kapten Croatia, Dejan Lovren kerana menjatuhkan Fred sekalipun pemain itu dilihat sengaja merebahkan badan. 

Jaringan pertama Neymar pada minit ke-29 jelas menjadi pencetus utama kebangkitan Brazil selepas Croatia terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan sendiri Marcelo pada minit ke-11. 

Jentera pertahanan Brazil nampak goyah apabila Ivica Olic mudah berjaya melepasi beberapa pertahanan lawan termasuk kapten, Thiago Silva, sebelum melepaskan sepakan lintang rendah yang dikuis Nikica Jelavic sebelum Marcelo menampannya ke gawang sendiri membuatkan penjaga gol, Julio Cesar sekadar terpaku. 

Namun, hasil gerakan cantik bersama Oscar, Neymar kembali mencetus riuh penyokong juara dunia lima kali itu menerusi gol pertamanya apabila rembatan rendah dari jarak 25 meter gagal ditampan penjaga gol, Stipe Pletikosa. 

Dua gol Neymar pada perlawanan kali ini menambah jumlah jaringannya buat Brazil kepada 33 gol dalam 50 penampilan. 

Tags / Kata Kunci: Neymar , Brazil , Croatia , Piala Dunia 2014

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan