Piala Dunia: Anak Saudara Scolari Maut Kemalangan

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

JURULATIH Brazil, Luiz Felipe Scolari yang berada dibawah tekanan untuk berhadapan perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Croatia pada Khamis menerima perkhabaran sedih.

Scolari digemparkan dengan berita kematian anak saudaranya Tarcisio Joao Schneider, 48, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Rio Grande do Sul, selatan Brazil.

Dalam kejadian itu, kenderaan Schneider dilaporkan bertembung dengan sebuah lori (gambar).

Berikutan insiden itu, Scolari terpaksa menangguhkan latihan skuad Brazil bagi membolehkannya menziarahi mendiang anak saudaranya.

Presiden Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF), Jose Maria turut mencupkan takziah kepada Scolari dan keluarga mendiang.

"Dalam keadaan yang sukar ini saya berharap kesemua kakitangan CBF mengucapkan takziah kepada Scolari dan keluarga mendiang," ujarnya.



Tags / Kata Kunci: Brazil , Scolari

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan