Ronaldo, Neymar, Rooney Bintangi Komersial Animasi Nike Piala Dunia 2014

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 5:52 PM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG England, Wayne Rooney bersama-sama dengan beberapa bintang bola sepak lain seperti Neymar, Cristiano Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic membintangi dalam bahagian ketiga kempen piala dunia menerusi komersial animasi yang dibawakan oleh jenama 'Nike'.

David Luiz, Franck Ribery, Andres Iniesta dan Tim Howard turut kelihatan dalam filem animasi berdurasi lima minit yang bertajuk 'The Last Game'.

Di dalam filem itu, kelapan-lapan bintang bolak sepak yang membawa kemenangan telah dipaksa keluar dari perlawanan oleh klon-klon yang membosankan.

Kesemua pemain yang dibawa keluar dari permainan itu kemudiannya terpaksa melakukan tugas-tugas seperti orang-orang lain ekoran kehadiran klon tersebut.

Bintang Samba, Neymar dan David Luiz terpaksa bekerja sebagai pendandan rambut di mana salah seorang pelanggan mahukan gaya rambut seperti mereka.

Pemain Real Madrid, Ronaldo masih menjadi peragawan tetapi kali ini terpaksa memperagakan pakaian di tingkai kedai manakala Roney pula bekerja sebagai nelayan di kawasan limbungan kapal.

Ibrahimovic pula berusaha keras untuk menjual autobiografi lamanya dengan melaungkan "Saya Zlatan, atau saya yang dahulu!"

Bagi mengetahui perjalanan 'kisah' mereka seterusnya boleh menonton klip video berkenaan.

 


Tags / Kata Kunci: komersial animasi , nike , ronaldo , rooney , neymar

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan