Bank Jerman Ramal England Juara Piala Dunia 2014

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 9:07 AM

Barisan pemain England yang bakal membawa cabaran negara itu di Piala Dunia 2014.

(Ubah saiz teks)

SESUATU yang mengejutkan apabila bank terbesar di Jerman meramalkan skuad England bakal menjuarai Piala Dunia 2014.

Penganalisa pertukaran asing di Deutsche Bank membangunkan model komputer yang meramal skuad Roy Hodgson akan membawa pulang piala yang menjadi rebutan itu kali ini.

"England antara pasukan terbaik berdasarkan model statik yang dibangunkan.

"Malah, sejarah barisan pemenang Piala Dunia juga meletakkan England antara pasukan yang boleh merangkul kejuaraan kali ini.

"England adalah satu-satunya pasukan yang berjaya membawa pulang Piala Dunia tetapi setakat ini belum dapat mengulangi kejayaan beraksi di perlawanan akhir.

"Kali terakhir England berjaya ketika ramai pemain kebangsaannya dalam kalangan pemain Liverpool, oleh itu kami yakin England akan menang kali ini," katanya.

Analisa itu disediakan Bilal Hafeez, pakar strategi pertukaran asing bank berkenaan, selain Henrik Gullberg yang pernah menyertai beberapa perlawanan dalam pasukan muda Sweden dan Magnus Hedman yang juga penjaga gol Coventry City.

Selain itu, analisa yang dilakukan juga meletakkan Brazil selaku tuan rumah juga pasukan yang berpotensi menang, begitu juga penyandang juara, Sepanyol.

Laporan analisa itu menyebut:"Markah model yang dibangunkan menunjukkan Brazil menduduki tangga teratas untuk menang, diikuti Jerman, Sepanyol dan Perancis, tetapi kami anggap ia sesuatu yang membosankan dan terlalu konvensional. Jadi kami memperkenalkan konsep yang boleh dianggap berat sebelah tetapi ada budi bicara."

Langkah bank itu melakukan analisa perlawanan Piala Dunia itu berikutan ramalan Goldman Sachs bulan lalu apabila meletakkan Brazil sebagai juara selepas mengalahkan Argentina 3-1 di perlawanan akhir.

Selain itu, peruncit produk haiwan, Pets at Home pula mendedahkan anjing jenis bulldog bernama Roo yang memiliki kuasa psikik meramalkan England akan mengalahkan Itali pada perlawanan pembukaan pada 14 Jun ini.

Minggu lalu, kumpulan perakaunan PWC pula meletakkan Brazil, diikuti Sepanyol, Argentina dan Jerman dalam senarai pasukan yang bakal menjulang Piala Dunia 2014.

Sepanjang sejarah kejohanan itu, ada ramalan dibuat pelbagai pihak tidak menepati sasaran seperti bank pelaburan JP Morgan yang menjangkakan Englang menang pada 2010 sebaliknya pasukan itu gagal menundukkan Amerika Syarikat dan Algeria serta dimalukan Jerman pada pusingan kedua.

Juga lagenda bolasepak dunia, Pele yang meletakkan Colombia sebagai pasukan yang bakal menang pada 1994 nyata tidak tepat apabila ia menduduki tempat terakhir.




Tags / Kata Kunci: England , Deutsche Bank , Jerman , Piala Dunia

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan