Boateng Minta Pemain Kelantan Lupakan Kekalahan

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 6:55 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ketua jurulatih Red Warriors George Boateng mahu skuadnya melupakan kegagalan dan memberi tumpuan kepada kempen Liga Super Malaysia apabila bertemu Lions XII di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam Selasa.

Boateng berkata anak-anak buahnya perlu fokus kepada baki perlawanan dalam Liga Super musim ini untuk berada dalam kedudukan terbaik dalam Liga.

"Kami perlu beri tumpuan kepada aksi menentang Lions XII selepas gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA.

"Tinggal lima perlawanan lagi, jadi kami mahu memberi tumpuan kepada semua perlawanan dan kami mahu menang seberapa banyak perlawanan yang boleh untuk memperbaiki kedudukan dalam liga," katanya ketika ditemui di sini, Isnin.

Katanya, beliau mungkin menurunkan Mohamad Shawky Aly dan Ahmad Fakri Saarani apabila menentang Lions XII esok.

"Kami gembira mereka kembali dalam skuad kerana kedua-dua mereka pemain harapan dan menjadi penggerak utama dalam pasukan.

"Kami akan mempamerkan aksi yang cemerlang dan saya berharap peminat akan memenuhi stadium untuk memberi sokongan moral kepada pasukan," kata beliau.

Sementara itu, Boateng berkata Lions XII bukan calang-calang pasukan walaupun menurunkan ramai pemain muda.

"Itu bukan masalah besar bagi mereka, mereka mempunyai ramai pemain yang berpotensi yang membuktikan kemampuan di padang.

"Mereka juga mempunyai kepakaran terutama apabila membuat sepakan bebas dan tendangan sudut, jadi ia akan menjadi ancaman kepada benteng pertahanan kami," kata beliau.

Kelantan kini berada di tangga keenam dalam liga selepas beraksi dalam 17 perlawanan dengan mengutip 25 mata, sembilan mata di belakang pendahulu Selangor.


Tags / Kata Kunci: Kelantan , Selangor

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan