Zainal Abidin Puas Hati Aksi Anak Buah

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 7:55 AM

Suasana di dalam stadium yang dipenuhi penyokong Pahang bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2014 Pahang menentang FELDA United FC di Stadium Shah Alam, malam Sabtu.-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan berpuas hati dengan persembahan anak didiknya yang berjaya mempersembahan aksi cemerlang untuk menjulang Piala FA 2014 malam Sabtu.

Beliau berkata dua gol kemenangan tersebut amat penting bagi membolehkan skuad Tok Gajah sekali lagi muncul sebagai johan piala berprestij itu selepas kali pertama memenanginya pada tahun 2006.

Pahang muncul juara Piala FA 2014 selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan berstatus kelab, Felda United FC di Stadium Shah Alam malam Sabtu.

Zainal Abidin mengakui bahawa pasukan 'Tok Gajah' lambat panas' apabila ketinggalan 0-1 pada aksi 30 minit pertama.

"Saya memang akui mereka (pemainnya) tidak bermain permainan biasa apabila banyak membuat hantaran jauh sehingga membolehkan Felda United mendahului permainan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.

Beliau bagaimanapun berbangga apabila pemain simpanan yang dibawa masuk pada minit ke-69, Mohd Faizol Hussain mengembalikan harapan Pahang untuk menjulang Piala FA apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79. 

Katanya, ini membuktikan semua pemain bermain baik dan setiap pemain memberi kerjasama sehingga membolehkan mereka sekali lagi menjulang Piala FA. 

"Kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang baik dan saya akui Felda memang pasukan yang layak bermain di Liga Super pada musim akan datang," katanya. 

 Sementara itu, bagi pengendali 'The Fighters', Irfan Bakti Abu Salim, beliau melihat beberapa pemainnya membuat kesilapan sama lewat babak kedua sehingga membuka ruang untuk Pahang menjaringkan dua gol.

"Saya memang kecewa apabila kesilapan mudah yang sama ini akhirnya memakan diri apabila kita terlepas peluang menjulang piala buat kali pertama," katanya.

Katanya, secara keseluruhan permainan skuad 'The Fighters' bagaimanapun baik dengan kawalan bola yang kemas sepanjang perlawanan.
Tags / Kata Kunci: pahang , Piala FA 2014

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan