Messi Bantu Kemenangan Argentina

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 9:24 AM

Lionel Messi.

(Ubah saiz teks)

LA PLATA: Penyerang sensasi yang diturunkan dari bangku simpanan, Lionel Messi menjaringkan gol kemenangan Argentina  untuk membantu pasukan itu mudah menewaskan Slovenia 2-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Estadio Monumental, Buenos Aires, awal pagi Ahad.

Messi, penyerang Argentina dengan jaringan kedua terbanyak selepas Gabriel Batistuta, gagal membolosi gawang di peringkat antarabangsa sejak kemenangan kelayakan 5-2 ke atas Paraguay di Asuncion pada September tahun lalu. 

Pemain sayap, Ricky Alvarez membuka jaringan Argentina pada minit ke-12. 

Messi yang menggantikan Alvarez pada minit ke-57, menjaringkan gol kedua Argentina pada minit ke-76. 

Pengurus Alejandro Sabella berharap Lucas Biglia yang bergelut dengan kecederaan pada babak pertama tidak akan terlepas peluang beraksi pada perlawanan pembukaan Piala Dunia minggu depan.



iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan