Marco Reus Tidak Dapat Beraksi Di Piala Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014 8:38 PM

Reus mengalami kecederaan pergelangan kaki ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Armenia pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG bahagian tengah pasukan Jerman, Marco Reus tersingkir daripada beraksi di Piala Dunia yang akan bermula minggu depan selepas mengalami kecederaan ligamen di bahagian buku lali kirinya dalam perlawanan persahabatan dengan Armenia pada Jumaat.

Reus didapati cedera di pergelangan kaki sejurus sebelum rehat dalam kemenangan 6-1 mereka di Mainz dan dia telah dibawa ke hospital.

Jerman FA mengesahkan dia menarik diri daripada kejohanan itu pada pagi Sabtu, dengan berkata tempatnya akan digantikan dengan Shkodran Mustafi yang merupakan pemain kelab Sampdoria.

Satu kenyataan dari pasukan Jerman berkata bahawa Reus akan kembali menjalani latihan dalam tempoh enam hingga tujuh minggu.

Jurulatih Joachim Loew berkata: "Ini adalah sesuatu yang amat dikesalkan bagi kita dan bagi dirinya. Dia mempunyai peranan penting dalam perancangan kami."
Tags / Kata Kunci: Jerman , Marco Reus , Piala Dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan