Lukaku Mungkin Tinggalkan Chelsea

Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014 8:57 PM

Romelu Lukaku

(Ubah saiz teks)

LONDON: Penyerang Belgium, Romelu Lukaku berkata dia mungkin akan meninggalkan Chelsea pada musim akan datang di tengah-tengah spekulasi bahawa kelab dari London itu sedang berkira-kira untuk menandatangani perjanjian bagi mendapatkan khidmat Diego Costa.

Pemain berusia 21 tahun itu telah menghabiskan dua musim lalu dengan dipinjamkan ke West Brom dan Everton kerana dirinya telah berkali-kali telah dilepas pandang di Stamford Bridge.

Itu bukan sesuatu yang dijangkakan Lukaku yang menjaringkan 16 gol untuk Everton musim lalu, dan kini dia menjangka akan ditukarkan tidak lama lagi.

"Anda tahu Chelsea: Setiap tahun mereka membeli penyerang terbaik yang baru," katanya kepada beberapa akhbar.

"Saya masih ingat saya datang ke bilik persalinan tahun lepas dan melihat Samuel Eto'o dan Demba Ba. Whoah! Apa yang berlaku di sini?." 

"Tetapi tidak ada masalah. Banyak kelab berminat dengan saya.

"Pada peringkat ini saya perlu melihat diri saya sendiri. Saya perlu bermain dengan baik di Piala Dunia. Itu yang sangat menarik untuk semua pemain yang mahu berpindah, dan saya semestinya menjadi salah seorang daripada mereka. Chelsea tahu pandangan saya."
Tags / Kata Kunci: Romelu Lukaku , Chelsea

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan