Lampard Boleh Jadi Pengurus Suatu Hari Nanti - Mourinho

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 7:00 AM

Frank Lampard. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho menyatakan bahawa Frank Lampard akan menjadi pengurus di Stamford Bridge pada suatu hari nanti. Beliau yang digelar sebagai 'Special One' turut memberi peluang kepada Lampard untuk menyertai latihan pengurusannya.

Chelsea tidak melanjutkan kontrak Frank Lampard. Oleh sebab itu, pemain berusia 35 tahun itu akan meninggalkan kelab berkenaan yang dinaunginya selama 13 tahun.

Bagaimanapun, pengurus pasukan, Jose Mourinho mempunyai keyakinan bahawa Lampard mempunyai kualiti untuk menjadi seorang pengurus suatu hari nanti. Mourinho turut berminat untuk memberikan pengalaman baharu kepada Lampard sebagai anak didiknya.

"Beliau boleh menjadi pelatih, ia dapat dimulakan di akademi. Beliau juga boleh memulakannya sebagai pembantu saya pada masa yang sama beliau mempunyai kelayakan dalam pengurusan, atau ia juga boleh dimulakan dari peranan yang berbeza," kata Mourinho.

"Pasa saat ini, beliau merasakan beliau masih ingin bermain bola sepak selama dua atau tiga tahun lagi dan beliau senang untuk melakukannya kerana bola sepak merupakan perkara yang dicintainya selain keluarganya," jelas Mourinho.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Frank Lampard , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan