Mourinho Mahu Febregas Selepas Dapatkan Pique Pada £26.8 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Chelsea, Jose Mourinho mengakui berminat  untuk mendapatkan pemain Barcelona, Cesc Fabregas seperti rakan sepasukannya Gerard Pique yang telah menyelesaikan perpindahan bernilai £26.8 juta.

Mourinho berkata, Fabregas kini mahu kembali dalam Liga Perdana Inggeris selepas tiga tahun meninggalkannya,  penghijrahan pemain itu mungkin berlaku selepas Piala Dunia.


Chelsea juga dilaporkan telah menawarkan gaji baru sebanyak £200,000 seminggu kepada Eden Hazard bagi memastikan pemain itu tidak berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG).

"Fabregas kelihatan berminat untuk meninggalkan Barcelona, dia ingin ke England. Tetapi (perpindahan) bukan sekarang atau esok atau sebelum Piala Dunia.

"Sekarang merupakan proses untuk dia meninggalkan Barcelona, dia ingin ke England dan kami sedang memerhati situasi ini," kata Mourinho.

Bagaimanapun, rakan sepasukannya, Pique yang tampil dihadapan media dan mengumumkan penghijrahan ke Chelsea, percaya perbincangan antara Fabregas dan The Blues telah selesai.

Fabregas, 27, mampu beraksi seperti ditempat sendiri jika menyertai Liga Perdana Inggeris berdasarkan pengalaman selama 8 musim bersama Arsenal sebelum ini.

Pemain tengah itu dijangka  menyertai Chelsea dengan yuran perpindahan sebanyak 33 juta Euro seperti yang didedahkan Pique.



Tags / Kata Kunci: Chelsea , Barcelona

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan