Rasuah Piala Dunia, Stadium Tak Siap Buat Blatter Runsing

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 11:49 AM

Sepp Blatter

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN Fifa, Sepp Blatter sedang menunggu siasatan rasuah terhadap bidaan Qatar untuk menganjur Piala Dunia 2022 sebelum membuat keputusan mengenai masa depan kejohanan itu.

Isu rasuah penganjuran Piala Dunia kembali hangat dan Qatar dikaitkan bertanggungjawab melakukannya dalam usaha memenangi bidaan.

Berikutan itu, terdapat wakil mahu negara Teluk tersebut digugurkan dalam senarai pembida Piala Dunia 2022.

Ketua Penyiasat Etika Fifa, Michael Garcia dilaporkan  hampir melengkapkan siasatan dan Blatter perlu menunggu untuk membuat keputusan.

"Saya bukan nabi, kita perlu menunggu keputusan dan melihat apa yang akan berlaku," kata Blatter di Brazil pada Khamis.

Selain Rasuah, Blatter dan pengurusan Fifa berdepan masalah dan tekanan apabila Stadium Arena Corinthians masih memerlukan banyak kerja untuk disiapkan menjelang sepak mula Piala Dunia.

Tidak cukup dengan itu, Stadium Sao Paulo yang menjadi lokasi perlawanan pembukaan antara Brazil menentang  Croatia pada 12 Jun ini juga masih belum disiapkan sepenuhnya.

Setiausaha Agung Fifa, Jerome Valcke bagaimanapun yakin kejohanan tumpuan dunia itu akan berjalan lancar kerana Stadium Arena Corinthians kini berada di fasa akhir untuk disiapkan.

Tags / Kata Kunci: Fifa , Qatar

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan