Anak Saya Dapat Tawaran Dari Tiga Kelab Sepanyol - Bapa Ivan Rakitic - Bola Sepak | mStar

Anak Saya Dapat Tawaran Dari Tiga Kelab Sepanyol - Bapa Ivan Rakitic

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 7:11 AM

Ivan Rakitic. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

BAPA kepada pemain Sevilla FC, Ivan Rakitic memberitahu bahawa anaknya itu menerima tawaran dari tiga kelab di Sepanyol.

Katanya, tawaran itu daripada Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid.

Pemain kelahiran Crotia itu memperoleh 12 gol dalam 34 perlawanan pada liga musim lalu. Beliau juga membantu pasukan itu merangkul gelaran pada Liga Europa baru-baru ini.

Prestasinya yang memberangsangkan itu telah menarik perhatian dari tiga kelab terbesar La Liga Sepanyol.

Menurut Luka Rakitic kepada sebuah portal Jutarnji, mereka akan memutuskan perkara itu selepas Piala Dunia.

Beliau menambah, tawaran yang kepada anaknya itu tidak sebaik yang diperoleh daripada Sevilla.

Tags / Kata Kunci: Ivan Rakitic , Sevilla FC
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan