Sukma: Penantian 12 Tahun Berakhir, Perak Juara Bola Sepak

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 11:14 PM

Pemain Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (kuning) meraikan jaringan gol dalam perlawanan akhir diantara Perak dan Johor.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Perak menamatkan kemarau 12 tahun untuk merebut ibu segala emas Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 apabila menewaskan Johor 3-1 pada final bola sepak di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, malam Selasa.

Perak membuka tirai jaringan seawal meinit ketujuh menerusi Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi sebelum Khairul Asyraf Sahizah menambah jaringan pada minit ke-17, hasil kesilapan penjaga gol Johor Sirajuddin Esayang gagal menangkap bola dengan kemas.

Babak kedua perlawanan menyaksikan Perak terus menguasai permainan dengan beberapa percubaan gol di gawang pasukan Harimau Selatan.

Bagaimanapun Johor menerima sepakan penalti berikutan pemain mereka dikasari oleh pasukan Perak di dalam kotak penalti.

Shafiq Shaharuddin menyempurnakan tendangan penalti buat skuad Harimau Selatan pada minit ke-72.

Perlawanan semakin rancak pada babak kedua sebelum Muhammad Shahrel muncul wira buat skuad 'Boss Gaurus' dengan gol ketiga pada minit ke-88.

Kali terakhir Perak muncul juara ialah di Sukma Sabah pada tahun 2002 apabila menewaskan Pulau Pinang 3-1.

Perak juga merupakan naib juara pada Sukma Pahang 2012.

Pingat gangsa menjadi milik Kedah selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Perlis 1-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Muhammad Syafiq Ahmad menjaringkan gol tunggal itu pada minit ke-70.

Tags / Kata Kunci: sukma , bola sepak , Perak , juara

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan