PDRM Kekal Rekod Tanpa Kalah

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 8:39 PM

Charles Souza Chad.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pendahulu Liga Perdana 2014, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekalkan rekod tanpa kalahnya dengan kemenangan tipis 3-2 ke atas Perlis dalam pertemuan di Stadium Darul Aman, Isnin.

Dengan tiga mata penuh yang diperolehi, PDRM mengumpul 43 mata, jauh meninggalkan pencabar terdekat Felda United yang mengumpul 37 mata serta Pulau Pinang, 36 mata.

Dalam pertemuan tunggal Liga Perdana pada Isnin, PDRM memecah kebuntuan gol seminit sebelum tamat separuh masa pertama, sumbangan gol sendiri ketua pasukan Perlis Mohd Khairi Zainuddin yang tertanduk bola ke gawang sendiri dalam cubaan mengeluarkan bola dari kawasan penalti.

Empat minit babak kedua bermula, PDRM menambah gol menerusi pemain import Charles Souza Chad yang menyudahkan percubaan Mohamadou Sumareh yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gawang Perlis, Mohd Amirul Rosli.

Souza menjaringkan gol ketiga PDRM pada minit ke-65.

Perlis yang ketinggalan 0-3 bagaimanapun bangkit dan merapatkan jurang pada minit ke-67 menerusi Dao Bakary dan Hadi Syahmi Hamzah (m-82). 

Tags / Kata Kunci: PDRM , Liga Perdana , Perlis , Menang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan