Final Piala FA Dipindahkan Ke Stadium Shah Alam

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 8:31 PM

Pekerja kontraktor melakukan kerja-kerja baik pulih padang bola Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Isnin. Rumput yang baru ditanam pada padang tersebut masih belum bersedia untuk digunakan pada final Piala FA antara Pahang dan FELDA United, Sabtu ini. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perlawanan akhir Piala FA 2014 antara Pahang dan Felda United FC yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, dipindahkan ke Stadium Shah Alam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA 2014 Datuk Seri Afandi Hamzah berkata langkah itu dibuat selepas mendapati keadaan rumput di Stadium Bukit Jalil belum mencapai tahap kematangan sempurna untuk sebarang aktiviti.

"Kita sudah adakan lawatan ke Stadium Bukit Jalil (baru-baru ini) dan setelah bermesyuarat hari ini, kita membuat keputusan berpindah bagi mengelakkan sebarang risiko kepada tumbesaran rumput dengan menganjurkan hanya satu perlawanan," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Afandi yang juga Timbalan Presiden FAM berkata pihaknya akan mengagihkan 30,000 tiket masing-masing kepada kedua-dua pasukan.

Baki 10,000 lagi tiket akan dijual dalam talian menerusi www.tickethotline.com.my dengan harga RM40 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak bermula Selasa, katanya. 

"Penyokong yang membuat pembelian dalam talian boleh menuntut tiket masing-masing di Stadium Malawati Shah Alam bermula Rabu sehingga hari perlawanan dari 9 pagi hingga 6 petang memandangkan tidak ada penjualan tiket secara langsung di venue pertandingan.

"Kita menetapkan setiap individu hanya dibenarkan membeli maksimum empat keping tiket sahaja," katanya.
 
Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Rozabil Abdul Rahman dalam sidang media berasingan, berkata faktor cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini merencatkan proses pertumbuhan rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Saya tidak mahu kerana satu perlawanan ini sahaja akibatnya memberi kerosakan kepada struktur padang yang baru dinaik taraf," katanya yang menyangkal laporan bahawa kelewatan kontraktor punca padang itu masih tidak boleh digunakan.

Katanya permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil berbeza dengan stadium lain di negara ini kerana kedudukannya di paras bawah tanah selain keadaan bumbung yang menghalang cahaya matahari di sesetengah bahagian padang, mengekang
proses pertumbuhan rumput.

Rozabil berkata bagi memastikan rumput di stadium itu mendapat pencahayaan yang mencukupi untuk tumbuh dengan baik, pihaknya akan menggunakan kaedah 'grow light', iaitu memasang lampu LED di tempat-tempat tertentu yang dijangka bermula malam ini.

"Kita tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kaedah ini bagi tempoh masa yang panjang berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu seperti hujan yang turun pada lewat petang sejak kebelakangan ini," katanya.

Pahang mara ke final selepas mencatat kemenangan agregat 2-1 ke atas finalis musim lepas, Johor Darul Ta'zim, sementara Felda United pula ke final berdasarkan peraturan gol di tempat lawan selepas terikat dengan keputusan agregat 5-5, menerusi dua aksi separuh akhir.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan