Lampard Akan Sertai New York City FC?

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 9:12 AM

Frank Lampard

(Ubah saiz teks)

FRANK Lampard bakal meninggalkan Chelsea dan menandatangani perjanjian untuk bersama New York City FC, menurut laporan.

Laporan juga menyebut, pemain David Villa turut akan bersama-sama dengannya.

New York City FC, yang dimiliki-bersama oleh kelab Liga Perdana, Manchester City dan New York Yankees, akan memasuki musim Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat Mac depan dan kini dalam proses mencari dan merekrut pemain untuk jadual mereka.

Ini bermakna, jika laporan tersebut boleh dipercayai, francais terbaharu dalam MLS itu bakal mewujudkan gelombang dalam arena bola sepak dunia dalam usaha mereka memburu pemain untuk skuadnya.

Menurut The Mirror, Lampard tidak hadir ke persediaan Piala Dunia England untuk melawat kompleks latihan Man City di Carrington dalam usaha untuk mempersetujui formaliti perjanjian.

Lampard, yang akan mengakhiri khidmatnya selama 13 tahun dengan Chelsea dilaporkan bertemu dengan ketua jurulatih NYFC, Jason Kreis untuk mempersetujui satu perjanjian yang akan menyaksikan dia bakal mendapat bayaran yang dikatakan kurang berbanding £150,000 seminggu yang diperolehi di Stamford Bridge.

Walau bagaimanapun, itu adalah budaya di Amerika, tetapi Lampard akan mendapat sejumlah besar wang daripada beberapa bonus, dengan memperolehi tanda tangan bintang England itu adalah hasrat sebenar NYFC.

The Mirror  juga melaporkan bahawa penyerang Sepanyol, David Villa, yang membantu Atletico Madrid untuk meraih gelaran dalam La Liga dan Liga Juara-Juara akhir, akan menyertai Lampard di Carrington dan dia juga telah bersedia untuk menandatangani kontrak dengan syarikat pakaian MLS .

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan