Felda United FC Jumpa Pahang Pada Final Piala FA 2014

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 7:29 AM

Pemain Felda United FC, Mohd Raimi Mohd Noor (kanan) cuba mengawal bola diikuti oleh pemain Kelantan, Zairul Fitree Ishak pada separuh akhir Piala FA, Kelantan bertemu Felda United FC di Stadium Shah Alam, malam Sabtu. Pasukan Felda United FC, layak ke peringkat akhir setelah terikat 2-2 sama. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Wakil kelab, Felda United FC melakar sejarah tersendiri selepas menjadi pasukan kelab kedua selepas Sime Darby FC yang layak ke pentas final Piala FA.

Keputusan agregat 5-5 menentang juara bertahan, Kelantan pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam Sabtu memastikan tiket final menjadi milik
skuad 'The Settlers' kendalian Irfan Bakti Abu Salim menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas pada aksi separuh akhir pertama pada 6 Mei lepas di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu berkesudahan 3-3.

Untuk rekod, Sime Darby FC menjadi wakil kelab pertama mara dalam final dalam sejarah 24 tahun Piala FA namun kalah 1-0 kepada Kelantan pada aksi final 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Felda United FC bakal membuat perhitungan dengan Pahang pada aksi final, 7 Jun ini selepas skuad 'Tok Gajah' mencatat kemenangan agregat 2-1 ke atas finalist musim lepas, Johor Darul Ta'zim pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Jumaat.

Pada aksi di Shah Alam itu, kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu masing-masing sebaik sahaja pengadil, Mohammad Zamzaidi Katimin meniupkan wisel perlawanan.

Skuad 'The Settlers' terlebih dahulu berada di hadapan apabila bekas pemain mereka, Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol pembukaan melalui tandukan pada minit ke-20.

Gol tersebut berpunca daripada sepakan bebas kapten pasukan Felda United FC, Mohd Shukor Adan yang ditampan lemah oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat sebelum Indra Putra menanduk masuk bola tampanan berkenaan.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad 'The Red Warriors' kembali memperkemaskan permainan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Mohd Izuan Rosli pada minit ke-29.

Beliau menyudahkan hantaran rakan sepasukan menerusi rembatan kencang yang gagal ditepis oleh penjaga gol Felda United FC, Mohd Farizal Harun, sekali gus menggembirakan hampir 40,000 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium.

Lima minit kemudian, penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe menggandakan kedudukan untuk Kelantan menerusi larian solo sebelum menolak masuk
bola bagi menewaskan Mohd Farizal.

Penyerang import skuad 'The Settlers', Edward Junior Wilson memastikan tiket final menjadi milik mereka menerusi sepakan lambung yang tepat menerjah penjuru kanan gol Kelantan pada masa tambahan separuh masa pertama.

Kedua-dua pasukan berusaha untuk menambah jaringan namun kekentalan benteng pertahanan masing-masing menyaksikan perlawanan berkenaan kekal dengan keputusan seri.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarat khas, Isnin ini bagi menentukan venue final Piala FA 2014.
Tags / Kata Kunci: Felda United , Pahang , Piala FA 2014

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan