Atletico Madrid Tolak Bidaan Rendah Arsenal Dapatkan Juanfran

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 10:19 AM

Juanfran yang menjadi pilihan Arsenal menggantikan Bacary Sagna.

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger percaya pertahanan kanan, Atletico Madrid, Juanfran mampu menggantikan kekosongan yang ditinggal Bacary Sagna.

Bagaimanapun, hasrat Arsenal untuk mendapatkan pemain skuad yang muncul sebagai naib juara Liga Juara-juara Eropah dengan bidaan serendah £9 juta telahpun ditolak.

Berikutan itu, juara Piala FA Inggeris terpaksa membuat bidaan kali kedua untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu.

Sagna akan bersama Manchester City pada musim depan menerusi perpindahan percuma.

Selain Juanfran, Arsenal turut dilaporkan sedang mengintai pemain Schalke yang juga pertahanan Jepun, Atsuto Uchida.

Sebagai pelan C pula, Arsenal mungkin akan mendapatkan pertahanan kanan Toulouse, Serge Aurier.

Bagaimanapun Aurier bukanlah pemain yang digemari Wenger dan jurulatih itu dijangka mempunyai pilihan lain selainnya.

Tags / Kata Kunci: Arsenal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan