Diego Costa Tinggalkan Brazil, Wakili Sepanyol Untuk Piala Dunia

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 2:03 PM

(Ubah saiz teks)

JURULATIH Brazil Luiz Felipe Scolari telah memanggil pemain yang boleh bermain untuk dua negara, Diego Costa bagi membantu Brazil pada saingan Piala Dunia kali ini.

Bagaimanapun penyerang Atletico Madrid itu telah mengumumkan untuk mewakili Sepanyol di peringkat antarabangsa walaupun dia pernah bermain bersama Brazil sebanyak dua kali sebelum ini.

Pemain berusia 25 tahun yang dilahirkan di Brazil itu kemudian telah diselar oleh Scolari selepas mengumumkan untuk mewakili Sepanyol.

Pada Isnin, Scolari mendedahkan bahawa Costa yang mengalami kecederaan hamstring ketika ini telah melakukan perbincangan dengannya untuk bersama Brazil pada 2014.

"Saya telah memangil dia untuk Piala Dunia.

"Adakah saya salah, saya tidak tahu. Dia sepatutnya bersama Brazil di Piala Dunia, Saya telah bercakap dengannya sebanyak dua kali tentang perkara ini.

"Masalahnya ialah terdapat kepentingan lain yang mempengaruhinya. Dengan menjadi rakyat Sepanyol, ruangnya bersama Atletico akan menjadi lebih luas termasuk di Eropah," jelas Scolari.

Costa membuat penampilan pertama bersama Sepanyol pada Mac lalu ketika pasukan berkenaan menentang Itali.


Tags / Kata Kunci: Brazil , Sepanyol

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan