Felda Lancar Liga Bola Sepak Sendiri Buat Julung Kali

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 11:28 PM

Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad (tengah) bersama Piala Liga F 2014 ketika melancarkan liga itu dan Logo Persatuan Bola Sepak Felda Malaysia (PBFM) serta lagu Felda United di Menara Felda di Kuala Lumpur, Selasa. Turut hadir Pengarah Sukan Felda Datuk Ahmad Fuad Daud (kanan). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada Selasa melancarkan liga bola sepak khusus untuk komuniti Felda yang dikenali sebagai Liga Felda 2014.


Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad berkata, liga berkenaan yang dikelolakan oleh Persatuan Bola Sepak Felda Malaysia melibatkan tiga pertandingan iaitu Piala Komuniti, Piala Pengarah Besar Felda dan Piala Tan Sri Pengerusi Felda.

"Liga ini merupakan cetusan idea Felda sendiri di mana pengurusan Felda bukan sahaja berharap dapat menggilap bakat anak-anak Felda tetapi juga melatih para pegawai dari segi kejurulatihan, pengadil dan pegawai teknikal dalam kalangan warga Felda sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majis perasmian liga berkenaan di Menara Felda, di sini, hari ini.
Faizoull turut berharap komuniti Felda dapat membudayakan aktiviti bersukan menerusi penganjuran liga berkenaan.

"Selain dapat menggalakkan gaya dan budaya sihat, Felda berharap dapat menjadi pengeluar bakat-bakat profesional serta menjadi pasukan yang digeruni oleh pihak lawan," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Sukan Felda Datuk Ahmad Fuad Daud berkata 13 pasukan telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan berkenaan iaitu 11 pasukan dari Wilayah Felda seluruh negara, satu pasukan jemputan dari Ibu Pejabat Felda dan satu pasukan Akademi Bolasepak Felda.

Katanya, Liga Felda bakal bermula pada 1 Jun ini dengan Piala Komuniti yang menggunakan konsep kalah mati manakala dua baki pertandingan iaitu Piala Pengarah Besar Felda dan Piala Tan Sri Pengerusi Felda akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ahmad Fuad meletakkan sasaran bahawa setiap wilayah Felda di negara ini mampu melahirkan sekurangnya-kurangnya lima pemain bola sepak profesional untuk tempoh empat tahun akan datang.
Tags / Kata Kunci: Datuk Faizoull Ahmad , Felda , bola sepak

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan