Nilai Kami Selepas 4 Tahun - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Ahad, 25 Mei 2014 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah minta peminat-peminat bola sepak tempatan menilai barisan kepimpinannya selepas empat tahun.

“Saya diberi amanah besar dan ini bukan kemenangan. Kerjasama amat diperlukan bagi memperbaharui segala kekurangan yang ada.

“Saya juga sedia bekerjasama dan menghulur tangan dengan sesiapa sahaja. Ini adalah agenda negara.

“Kepada calon-calon yang tidak terpilh kali ini, jangan kecewa kerana bagi saya apabila nama sudah dicalonkan ia adalah satu kemenangan,” jelas beliau kepada media selepas majlis Kongres Tahunan Ke-50 FAM, Ahad.

Tengku Abdullah berkata, dalam masa terdekat ini beliau akan berjumpa dengan ahli-ahlinya dalam melengkapkan perancangan dan hala tuju.

“Saya harapkan permulaan yang baik, dan selepas ini saya akan duduk bersama dengan ahli-ahli yang lain melakukan perbincangan.

"Segala keputusan yang dibuat berdasarkan keputusan bersama ahli.

"Dalam masa ini juga saya akan membuat audit dalam bukan sahaja bahagian kewangan tetapi semua termasuk pentadbiran, kejurulatihan  dan pengadilan.

“Bagi saya sedikit masa. Apa yang saya harapkan agar masyarakat akan membuat penilaian barisan kepimpinan saya ini selepas empat tahun,” jelasnya.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) mengakui dua tugas besar dalam satu masa merupakan beban besar yang perlu ditanggung.

“Ia merupakan satu beban tapi saya perlu bijak menguruskan masa. Cuma saya harap kalau ada sesiapa yang berminat dan boleh menguruskan hoki, sila tampil ke depan,” katanya.

Dalam pada itu Kongres Tahunan FAM menyaksikan perubahan besar-besaran yang mana menyaksikan sepuluh daripada 15 ahli yang terpilih adalah muka baharu.

Manakala Tengku Abdullah meraih undian majoriti 27 undi berbanding seorang lagi calon kenamaan yang tersenarai iaitu Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sebelum kongres ini berlangsung, penyandang Presiden Sultan Ahmad Shah mengumumkan penarikan diri daripada bertanding di atas faktor usia.

Baginda menerajui FAM sejak tahun 1984.

Tags / Kata Kunci: FAM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan