Kongres Tahunan Ke-50 FAM

Diterbitkan: Ahad, 25 Mei 2014 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

2.29: Presiden baharu:

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah



2.15: Undian pemilihan jawatan presiden terpaksa diadakan untuk kali kedua disebabkan jumlah tidak mencapai majoriti 2/3 iaitu 26 undi mengikut Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan presiden.

Pada undian pertama Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Penyandang Timbalan Presiden) mendapat 24 undi manakala Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat 15 undi.




2.06: Timbalan Presiden (baharu) :


Datuk Seri Afandi Hamzah (penyandang Naib Presiden)



Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Timbalan Presiden FAS)



2.00: Naib Presiden (baharu):


Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Presiden Persatuan Bola Sepak Perak) 




Datuk Rozabil Abdul Rahman (Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis) 





Datuk Takiyuddin Hassan (Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia) 



Datuk Sudarsono Osman (Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak)


1.45: Ahli Jawatankuasa Eksekutif Lelaki (baharu):

1.Datuk Yusof Mahadi (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka) 

2.Datuk Osman Salleh (penyandang)

3.Alijus @ Mohd Ali Sipil (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah)

4.Abdul Aziz Yeop Jamaludin (Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak)

5.Datuk S. Sivasundaram (penyandang)

6. Goh Ah Chai (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)

7.Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang) 

8.Datuk Othman Aziz (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah)



12.58: BERIKUT adalah keputusan rasmi barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seisi 2014/18:


Keputusan;

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Wanita:

Brig Jeneral Datuk Norhuda Ahmad
Normala Md Yusof


11.15: Proses pengundian bagi jawatan Ahlli Jawatankuasa Eksekutif bermula


(memilih lapan orang calon lelaki jawatan ini dan dua orang calon wanita)



10.40 : SHAH ALAM: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah sah menarik diri daripada mempertahankan jawatan presiden pada Kongres Tahunan Ke-50 yang berlangsung di Holiday Inn Kuala Lumpur, Ahad.

Baginda mengumumkan penarikan diri itu bagi  memberi ruang kepimpinan baharu.

"Saya dengan ini menarik diri daripada bertanding bagi jawatan presiden.

"Atas sebab faktor usia, saya membuat keputusan ini dan berharap lebih banyak kejayaan dicapai dalam barisan kepimpinam baharu nanti," jelas baginda dalam ucapan perasmian kongres ini.



 9.55: Mesyuarat masih belum dimulakan setakat ini.




9.45: PETALING JAYA: Kongres Tahunan ke-50 FAM pada Ahad bakal menyaksikan perubahan dalam landskap bola sepak Malaysia apabila Sultan Ahmad Shah bersedia menarik diri sebagai Presiden Persatuan Sepak Malaysia (FAM) selepas 30 tahun menerajuinya.


Berikutan itu, persaingan kerusi tersebut menyajikan pertembungan diraja antara dua putera mahkota iaitu Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan pemegang jawatan nombor dua dalam FAM, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi pesaing.

Kedua-dua putera mahkota dikatakan mempunyai peluang sama rata untuk menang tetapi kemenangan untuk pendatang baharu, Tunku Ismail, yang lebih dikenali sebagai TMJ akan dianggap sesuatu yang mengecewakan.
Tags / Kata Kunci: FAM , Malaysia , Johor , Pahang

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan