PAFA Didenda RM140,000, Beraksi Tanpa Penyokong

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mei 2014 9:18 PM

Penyokong Perak mencetuskan provokasi dengan membaling suar ke dalam padang selepas Perak tewas dengan jaringan 0-1 dalam perlawanan Liga Super 2014 Perak bertemu JDT di Stadium Perak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dikenakan hukuman denda RM140,000 dan pasukan Perak beraksi di stadium kosong dilaman sendiri dalam empat perlawanan Liga M bermula 14 Jun depan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan hukuman itu selepas PAFA mengaku bersalah atas lapan pertuduhan susulan insiden kekecohan di Stadium Perak pada aksi Liga Super menentang Selangor pada 5 April lepas dan Johor DarulTa'zim (JDT), 15 April lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufek Abdul Razak berkata dalam kes perlawanan Selangor, PAFA dikenakan denda RM70,000 atas tiga tuduhan iaitu membakar suar, provokasi penyokong dan kegagalan tuan rumah menyediakan kawalan keselamatan yang sewajarnya.

Bagi kes kedua melibatkan JDT, PAFA turut dikenakan denda yang sama atas lima kesalahan iaitu membakar mercun, pembakaran suar, penyokong agresif sehingga seorang pengamal media cedera dan merosakkan kenderaan pihak JDT,katanya.

"Sekiranya masih berlaku insiden kekecohan, hukuman pasukan Perak beraksi tanpa penyokong akan terus dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pada Jumaat.

Taufek berkata bagi kedua-dua kes itu, PAFA boleh dikenakan denda sehingga RM330,000 dan beraksi tanpa penyokong bagi lapan perlawanan, namun jawatankuasa itu telah mengguna pakai peruntukan di bawah Perkara 80, Kod Tatatertib FAM bagi mengurangkan hukuman.

"Bagaimanapun kita akan memantau perlawanan pertama tanpa penyokong dan jika berpuas hati, jawatankuasa akan mempertimbangkan semula hukuman tersebut.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (PAF) dikenakan hukumandenda RM5,000 kerana tindakan liar penyokongnya membaling botol minuman ke dalam padang pada perlawanan Liga Perdana menentang Johor Darul Ta'zim II di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, 3 April lepas. 

Tags / Kata Kunci: PAFA , Perak , Denda , FAM

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan