Replika Piala Dunia Dibakar

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 9:22 AM

Replika piala yang mencetuskan kemarahaan rakyat Brazil dibakar pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Pihak tidak dikenali membakar replika Piala Dunia setinggi enam meter yang terletak di Teresopolis, hanya beberapa kilometer dari lokasi pasukan Brazil akan ditempatkan sepanjang tempoh saingan yang akan bermula Jun ini.

Datuk Bandar Teresopolis dalam satu kenyataan berkata, serangan terhadap replika piala itu bukan yang pertama berlaku.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, simbol lain Piala Dunia 2014 iaitu bola sepak besar serta maskot Fuleco turut dirosakkan.

"Usaha akan dilakukan bagi mencari dalang perbuatan vandalisme ini supaya mereka tidak terlepas daripada hukuman," katanya.

Tahun lalu, lebih sejuta orang berhimpun di jalanan di beberapa bandaraya di Brazil bagi membantah perbelanjaan untuk temasya itu serta kurangnya peruntukan untuk perkhidmatan awam.

Kejadian itu dipercayai berlaku sebagai tanda protes atas penganjuran Piala Dunia di negara itu berikutan kesengsaraan hidup rakyatnya.

Pasukan Brazil membabitkan 23 pemain akan ditempatkan di Granja Comary, Teresopolis sepanjang perlawanan yang berlangsung sekali dalam tempoh empat tahun ini.


Tags / Kata Kunci: Piala Dunia , Brazil , Terespolis , Fuleco

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan