Pengerusi Man City Sindir Man United Kerana Hutang

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 10:19 AM

(Ubah saiz teks)

PENGERUSI Manchester City, Khaldoon Al Mubarak menyindir Manchester United dengan mendakwa kelabnya beroperasi tanpa sebarang hutang.

City baru-baru ini telah didenda oleh badan bola sepak, UEFA sebanyak 60 juta Euro kerana didapati bersalah melanggar undang-undang kewangan.

Bagaimanapun dalam temubual di laman web kelab berkenaan, Mubarak berkata tindakan UEFA tidak akan mengubah strategi dan model perniagaan City.

Manchester United kini menanggung hutang tertinggi iaitu sebanyak £700 juta selepas kelab itu menjadi milik keluarga Malcolm Glazer.

Tetapi dalam laporan kewangan terbaru menyebut hutang United telah menurun sebanyak 4.3 peratus kepada £351.7 juta.

"Tahun ini telah berakhir dengan jayanya. Tahun depan kami akan membuat keuntungan lagi. Kami mempunyai projek yang kukuh dan kami tidak mempunyai hutang yang memaksa pemain berhempas pulas untuk menjelaskan hutang itu.

"Pada saya ia merupakan model perniagaan yang kukuh. Bagaimanapun, rakan kita di UEFA lebih mempercayai pihak lain. Meraka mempunyai pandangan dan begitu juga dengan kami.

"Kami sentiasa melakukan yang terbaik untuk kelab dan penyokong. Kami mempunyai model perniagaan yang baik dan kami mempercayainya," kata Mubarak.


 

Tags / Kata Kunci: Manchester City , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan