AS Monaco Pecat Jurulatih Claudio Ranieri

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 8:41 AM

Claudio Ranieri

(Ubah saiz teks)

AS MONACO mengumumkan pemecatan jurulatihnya, Claudio Ranieri walaupun berjaya membawa kejayaan kepada kelab berkenaan sejak menyertainya dua tahun lalu.

Bekas jurulatih Chelsea itu menyertai Monaco pada 2012 ketika kelab berkenaan berada dalam  Liga 2 dan kemudiaan melonjak ke tangga kedua Liga 1 Perancis pada musim ini.

Bagaimanapun kejayaan itu tidak cukup untuk menyelamatkan kedudukannya bersama Monaco.

Sementara itu jurulatih Sporting Lisbon, Leonardo Jardim kini dikatakan akan dinamakan sebagai pengganti jurulatih Monaco.

Naib Presiden AS Monaco, Vadim Vasilyev ketika mengesahkan berita pengguguran Ranieri berkata, kelab itu sedang mencari satu "perubahan dinamik."

"Saya mengesahkan bahawa Claudio Ranieri akan meninggalkan kelab ini tidak lama lagi. Kami memutuskan untuk berpisah. Saya ingin memberi penghormatan kepada Claudio Ranieri kerana melakukan tugas dengan baik.

"Kami akui tidak mudah untuk memabawa kelab dari Liga 2 ke Liga Juara-Juara. Tetapi kami percaya bahawa pada peringkat ini kita perlu dinamik baru," katanya.
Tags / Kata Kunci: AS Monaco , Claudio Ranieri , Liga Perancis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan