Tawaran Tinggi, Sagna Mungkin Ke Manchester City

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 10:32 AM

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN Arsenal, Bacary Sagna dijangka tiba di Manchester City pada Isnin depan untuk berbincang mengenai masa depannya bersama juara Liga Perdana Inggeris itu.

Sagna memilih City selepas Arsenal hanya menawarkan gaji baru sebanyak £80,000 seminggu manakala Manuel Pellegrini sedia membayarnya £150,000 seminggu.

Kenaikkan hampir sekali ganda itu membuatkan pertahanan Perancis terbabit terpaksa berfikir mengenai masa depannya cdan menemui pegawai kelab meilik jutawan Arab.

Sagna dilaporkan ke City untuk melakukan perbincangan kerana ingin menyelesaikan soal kelab pilihan pada musim depan sebelum membantu Perancis dalam kempen Paial Dunia di Brazil.

"Saya mahu mengosongkan fikiran  sebelum ke Brazil. Di sana saya hanya mahu memikirkan tentang Piala Dunia.

"Lebih baik ia selesai sebelum saya ke Brazil dan memberikan yang terbaik untuk Perancis," katanya.

Keputusan Sagna untuk meninggalkan Arsenal agak mengejutkan peminat kerana kelab tersebut baru menjuarai Piala FA.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Bacary Sagna

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan