Thibaut Courtois Juara La Liga Yang Masih Tidak Tahu Nasibnya Musim Depan

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

DIA adalah juara La Liga dan Sabtu depan, jika nasibnya baik dia bakal dinobatkan sebagai juara Eropah.

Tetapi Thibaut Courtois masih tidak tahu di manakah dia akan berada apabila musim baru bermula Ogos nanti.

Ini kerana penjaga gol Atlético Madrid itu hanyalah pemain pinjaman. Dia sebenarnya adalah milik Chelsea.

Chelsea mahu dia kembali ke London tetapi Courtois tidak rela untuk kembali memanaskan bangku simpanan.

Manakan tidak, dia adalah pemain utama kepada sebuah kelab yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara Ahad lepas.

Dia tahu, di Chelsea, dia akan menjadi penjaga gol kedua di belakang Petr Cech tetapi pada masa yang sama, Chelsea tidak mahu insiden yang sama berulang musim depan di mana pemain mereka sendiri diturunkan untuk menentang mereka di peringkat Eropah.

Menurut perjanjian di antara Chelsea dengan Atletico, jika kedua-dua pasukan ini ditakdirkan bertemu pada mana-mana peringkat di liga Eropah, Atletico tidak dibenar menurunkan Thibaut Courtois.

Tetapi dalam pertemuan di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini, Chelsea telah diundi bertemu Atletico. Badan bolasepak Eropah, Uefa mengeluarkan arahan Chelsea tidak berhak menghalang Atletico menurunkan Courtois dan akibatnya Chelsea tewas kepada Atletico.

Dalam perlawanan itu Courtois telah berjaya melakukan beberapa percubaan berbahaya daripada rakan-rakan kelab asalnya sendiri.

Chelsea berazam, situasi ini tidak akan berulang lagi musim depan dan mereka tidak akan mengizinkan Atletico terus menyambung kontrak pinjaman Courtois untuk semusim lagi.

"Memang benar saya masih belum tahu lagi di manakah saya akan bermain musim depan...saya rasa teruja menjadi juara La Liga musim ini tetapi saya tidak pasti apakah yang akan terjadi musim depan. Kami mempunyai satu lagi perlawanan penting yang perlu dilalui hujung minggu ini iaitu perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid dan selepas itu saya akan bersama Belgium ke temasya Piala Dunia sehingga Julai. Saya masih ada kontrak dua tahun lagi bersama Chelsea," katanya.

Menurut Courtois, masalah besar yang dihadapinya dan juga Chelsea ialah Petr Cech masih merupakan penjaga gol terbaik dunia dan setelah apa yang telah dilaluinya bersama Atletico, dia enggan kembali sebagai pilihan kedua.

Cech adalah pemenang sarung tangan emas Liga Perdana Inggeris manakala Courtois dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik La Liga dua musim berturut-turut.

Courtois, 22, kini telah memenangi empat piala sejak bermain dengan Atletico tiga musim yang lalu.

"Sejak saya menyertai Atlético tiga tahun yang lalu, saya telah memenangi Liga Europa, Piala Super Eropah, Copa del Rey dan sekarang La Liga. Ia bagaikan mimpi sedangkan ini adalah satu realiti, katanya lagi.

Courtois juga menyifatkan pengurusnya sekarang, Diego Simeone sebagai seorang yang luar biasa dan memahami aspek teknikal sesuatu perlawanan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Atlético, Miguel-Ángel Gil Marín mengesahkan bahawa perbincangan untuk membolehkan Courtois bermain semusim lagi di Sepanyol telah ditunda sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak iaitu selepas selesai perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan