Piala Dunia: Mangala Tangguh Pilih Kelab, Fokus Aksi Di Brazil

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN Perancis, Eliaquim Mangala enggan berbincang mengenai kelab pilihannya selepas ini sebaliknya mahu memberi tumpuan terhadap cabaran Piala Dunia di Brazil.

Mangala kini menjadi perhatian Manchester City dan juara Liga Perdana Inggeris itu berhasrat mendapatkan pemain terbabit pada Januari tahun depan.

Pemain berusia 23 tahun yang turut diminati oleh Manuel Pellegrini itu turut diintai oleh Manchester United, Chelsea dan kelab Perancis,  Paris Saint-Germain serta Monaco.

Malangnya Mangala enggan berbincang mengenai masa depannya sebelum Piala Dunia apabila Didier Deschamps menamakan pertahanan itu antara 23 pemain yang akan mewakili Perancis.

"Tumpuan saya hanyalah Piala Dunia. Selepas itu kita akan lihat apa yang akan terjadi.

"Saya telah memberitahu ejen bahawa tidak mahu mengetahui apa-apa sahaja mengenai tawaran sehingga Piala Dunia tamat.

"Setiap pemain ingin membina karier di kelab besar. Saya juga mempunyai peluang di Porto iaitu salah sebuah kelab besar di Eropah.

"Apa yang menarik minat saya adalah kelab yang dapat memberi peluang menjuarai sesuatu gelaran.  Paris St Germain antara yang sedang meningkat dan saya berharap mereka akan mengecapi lebih kejayaan.

"Porto telah berbincang dengan City setakat ini tetapi terdapat percanggahan. Kita lihat apa yang akan berlaku pada musim panas nanti," kata Mangala.

Tags / Kata Kunci: Perancis , Brazil

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan