Kontrak Baharu, Perbelanjaan Beli Pemain Hadiah Untuk Wenger

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 9:28 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL dilaporkan memperbaharui kontrak pengurus pasukannya, Arsene Wenger serta menyalurkan perbelanjaan sebanyak £100 juta bagi mendapatkan pemain baharu bagi musim depan.

Kontrak selama tiga tahun bernilai £8 juta setahun itu ditawarkan kepada Arsene Wenger selepas 72 jam pasukan berkenaan berjaya menundukkan Hull City dan menjuarai Piala FA.

Sebanyak £100 juta yang diberikan kepada Arsene Wenger merupakan perbelanjaan tertinggi pernah dikeluarkan pemilik kelab tersebut untuk mengembalikan kegemilangan pada 2004 termasuk menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Berikutan itu, Arsene Wenger dijangka akan mendapatkan tiga bintang untuk memantapkan pasukan tersebut pada musim depan.

Ketika Wenger ditanya adakah pemain baharu akan ditandatangani pada pada musim depan, katanya," Ya saya akan ke Brazil pada 10 Jun ini."

Bagaimanapun tugas penting untuk Wenger ketika ini ialah memastikan pemain pertahanannya, Bacary Sagna dan penjaga gol, Lukasz Fabianski kekal di kelab tersebut.

Wenger kini dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan pemain Bayern Munich, Mario Mandzukic dan penyerang Real Madrid, Karim Benzema.

Mario Mandzukic

Selain itu, pemain Bayer Leverkusen, Lars Bender dan pemain Southampton, Morgan Schneiderlin merupakan pemain tengah yang diintai Arsenal untuk memantapkan pasukannya.

 

Lars Bender

Morgan Schneiderlin

Tags / Kata Kunci: Arsenal

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan