Piala Dunia: Aguero Yakin Pasukan Amerika Latin Punyai Kelebihan

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 11:29 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Argentina, Sergio Aguero percaya pasukan dari Amerika Latin mempunyai kelebihan pada saingan Piala Dunia di Brazil kali ini.

Barisan pemain dibawah kendalian pengurus Argentina, Alejandro Sabella merupakan skuad yang dijangka memenangi gelaran juara walaupun kali terakhir pasukan itu membawa pulang piala berprestij berkenaan adalah pada 1986.

Argentina diundi berada dalam kumpulan F bersama Bosnia-Herzegovina, Nigeria dan Iran.

"Saya rasa pasukan yang bermain di benua sendiri mempunyai kelebihan dan jelas sekali Brazil mempunyai kelebihan terbesar kerana bermain di gelanggang sendiri.

"Malah cuaca dan stadium di sana berbeza dengan negara di Eropah, jadi mungkin ianya akan memberi kelebihan kepada pasukan Amerika Latin.

"Tetapi setiap perlawanan adalah sukar dan dalam Piala Dunia semua pasukan akan mempamerkan kekuatan sebenar di atas padang. Oleh itu, jika anda tidak bersedia untuk setiap negara seperti Bosnia dan Nigeria, mereka akan mengecewakan anda," katanya.

Argentina akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Bosnia-Herzegovina di Rio de Janeiro pada 15 Jun.

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia , Argentina

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan