Gagal Julang Trofi, Martino Letak Jawatan Sebagai Pengurus Barcelona

Diterbitkan: Ahad, 18 Mei 2014 8:12 AM

Martino meletak jawatan sebagai pengurus Barcelona sebaik sahaja saingan liga berakhir musim ini.

(Ubah saiz teks)

GERARDO Martino meletak jawatan sebagai pengurus Barcelona selepas gagal meraih gelaran juara Liga Sepanyol musim ini.

Martino hanya membimbing Barcelona satu musim dengan mengakhiri saingan liga di tangga kedua di belakang Atletico Madrid selepas mencatat 87 mata.

Pengurus kelahiran Argentina itu berhadapan dengan cabaran sukar untuk mengekalkan rekod Barcelona musim ini.

Biarpun berjaya mengikat kemaraan Atletico Madrid dengan mengikat seri 1-1 pada perlawanan tersebut, Barcelona terpaksa akur dengan kelebihan mata skuad Diego Simeone sekaligus menjulang trofi kejuaraan musim ini dengan mencatat 90 mata keseluruhan.

Kelab Catalan ini meraih kedudukan naib juara ini buat kali pertama dalam tempoh enam tahun.

Dalam pada itu Barca turut gagal dalam kedudukan empat terbaik Liga Juara-Juara musim ini buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun apabila tewas dengan Atletico dalam saingan suku akhir.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab yang telah memberi keyakinan untuk membimbing pasukan ini dan saya memohon maaf kerana gagal memberi kejayaan yang diharapkan.

"Pasukan telah berjuang dan menamatkan saingan musim ini dengan penuh hormat. Juga tahniah kepada Atletico kerana mereka mengharungi musim ini dengan begitu baik sekali," jelasnya.

Bekas pemain, Luis Enrique yang meletak jawatan sebagai jurulatih Celta Vigo Jumaat lalu dijangka menjadi pilihan untuk menggantikan Martino.

Tags / Kata Kunci: Gerardo Martino , Barcelona

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan