Mauricio Pochettino Minta Gaji Lumayan Daripada Spurs

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 12:52 PM

Mauricio Pochettino

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Southampton, Mauricio Pochettino khabarnya telah meminta bayaran gaji sebanyak £3 juta setahun daripada Tottenham Hotspur jika mereka mahukan khidmatnya musim depan.

Spurs sedang mencari calon yang sesuai selepas memecat Tim Sherwood awal minggu ini.

Sherwood hanya mampu bertahan 10 bulan sebagai pengurus walaupun berjaya membawa kelab London itu ke tangga keenam liga - jauh lebih tinggi daripada juara musim lalu, Manchester United.

Spurs dikatakan tidak tahan dengan mulut celupar dan sikap berterus terang Sherwood dalam setiap sidang akhbar mingguan termasuklah mengkritik pemain-pemain sendiri secara terbuka.

Dalam pada itu, Pochettino yang berhijrah ke Southampton dari Espanyol dua musim lalu mendapat perhatian ramai apabila berjaya meletakkan kelabnya di tangga kelapan lima musim ini.

Dia juga dipuji kerana berjaya mencungkil bakat-bakat baru dan muda seperti Luke Shaw, Jay Rodriguez dan Adam Lallana yang kini semuanya adalah pemain baru skuad kebangsaan England.

Spurs bagaimanapun kini cuba mencuri kesempatan untuk menarik Pochettino kerana pengurus itu sedar yang musim akan datang dia bakal kehilangan bakat-bakat mudanya itu kepada kelab-kelab besar dan ternama.

Pochettino yang berketurunan Argentina, masih bertutur menggunakan juru alih bahasa dalam setiap pertemuan dengan media dikatakan turut memberi syarat kepada Spurs, jika dia menyertai mereka, dia juga mahukan penolongnya Jesus Perez, Miguel D'Agostino dan Toni Jiminez turut diambil sebagai staf kejurulatihan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan