Lionel Messi Setuju Tanda Tangan Kontrak Baru Dengan Barcelona

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 7:48 PM

Lionel Messi bakal menjadi pemain dengan bayaran gaji tertinggi di dunia

(Ubah saiz teks)

BARCELONA pada Jumaat mengumumkan yang penyerang mereka Lionel Messi yang juga pemain terbaik dunia empat kali telah bersetuju untuk menandatangani kontrak baru.

Dengan kontrak baru itu, pemain berusia 26 tahun tersebut akan terus kekal di Nou Camp sehingga 2018.

Adalah dipercayai, kontrak baru itu nanti akan menjadikan Messi sebagai pemain dengan bayaran gaji paling tinggi di dunia setaraf dengan Cristiano Ronaldo iaitu sekitar £16 juta semusim.

Musim ini sahaja Messi telah menjaringkan 41 gol dalam 43 perlawanan.

Keseluruhannya pemain asal Argentina itu telah menjaringkan 354 gol dalam 424 perlawanan untuk Barca, iaitu yang paling banyak dalam sejarah kelab tersebut.

Messi menyertai Barca pada musim 2004/05.

Sejak itu dia telah memenangi enam kejuaraan La Liga, tiga Piala Juara-Juara Eropah, dua pingat Copa del Reys, dua Piala Kelab Dunia dan dua Piala Super Eropah.


Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , Barcelona , Argentina

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan