Era Baru Bermula: Louis van Gaal Tawar Ryan Giggs Jawatan No 2

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 1:41 PM

Ryan Giggs...Bakal penolong pengurus United yang baru?

(Ubah saiz teks)

> Louis van Gaal akan menawarkan jawatan penolong pengurus kepada pemain veteran Man United itu

> Kedua-duanya telah mengadakan pertemuan dan perbincangan di apartmen Van Gaal di Belanda pada Rabu

> Van Gaal akan diumumkan sebagai pengurus baru United dalam tempoh 24 jam

> Difahamkan juga yang Van Gaal akan menandatangani kontrak dua tahun bernilai £7 juta



PENGURUS interim Manchester United, Ryan Giggs telah ditawarkan jawatan penolong pengurus oleh Louis van Gaal dalam satu pertemuan sulit yang berlangsung di apartmen pengurus itu di Belanda pada Rabu.

Giggs telah dilihat berada di sebuah hotel di bandar Noordwijk, 20 batu dari Amsterdam, Belanda dan adalah dipercayai yang pertemuan dan perbincangan sulit antaranya dengan Van Gaal telah berlangsung di kediaman pengurus Belanda itu tidak jauh dari hotel berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif United, Ed Woodward turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich yang berusia 62 tahun itu akan diumumkan secara rasmi sebagai pengurus baru United dalam tempoh 48 jam dari sekarang.

Giggs, yang diterbangkan khas ke Amsterdam menggunakan pesawat pribadi yang ditempah oleh United kemudiannya dibawa ke Hotel Orangerie untuk berehat sebelum dia dibawa ke apartmen Van Gaal tidak jauh dari hotel tersebut.

Dia masuk ke kawasan apartmen itu menggunakan laluan garaj bawah tanah agar tidak dijejaki oleh pihak media.

Selepas pertemuan itu, Giggs tanpa melengahkan masa lagi terus kembali ke Manchester untuk menghadiri perlawanan akhir Liga Perdana Bawah-21 Tahun antara United dengan Chelsea di Old Trafford.

Menurut laporan portal berita Mail Online (www.dailymail.co.uk) dalam pertemuan itu Van Gaal telah menyatakan konsep permainan yang digemarinya iaitu 'attacking football' juga menggariskan peranan yang bakal dimainkan oleh Giggs di bawah kepimpinannya nanti.

Giggs, 40, sebelum ini dikatakan tidak begitu selesa dengan gaya permainan berhati-hati yang diterapkan oleh bekas pengurus David Moyes.

Selepas Moyes dipecat, Giggs dipertanggungjawabkan mengendali empat baki perlawanan lagi yang menyaksikan dia menang dua perlawanan, seri sekali dan kalah sekali.

Adalah menjadi pengetahuan ramai yang Giggs ingin terus berada di United dan pemain veteran itu dilihat oleh United sebagai penganti yang natural kepada Van Gaal pada masa depan kelak.

Oleh yang demikian, bekerja dengan Van Gaal sebagai salah seorang penolongnya adalah keputusan yang paling praktikal dan ideal dalam usaha kelab tersebut untuk meneruskan kesinambungan legasi Giggs bersama United.

Seandainya Giggs menerima tawaran yang dibuat oleh Van Gaal, dia akan menjadi salah seorang daripada dua penolong yang bakal dilantik oleh Van Gaal.

Ketika dia menguruskan AZ Alkmaar, Barcelona dan Bayern Munich, Van Gaal biasanya melantik seorang penolong dari kalangan pembantu setianya sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan seorang lagi penolong dari kalangan staf lama kelab berkenaan untuk memastikan wujudnya kesinambungan.

Van Gaal juga khabarnya memberikan penekanan kepada Akademik Bolasepak United dan mahu mendengar dari mulut Giggs sendiri siapakah graduan akademi yang boleh dinaikkan dalam skuad senior.

Dalam salah satu perlawanan terakhir yang diuruskan oleh Giggs, dia telah membuka peluang kepada dua orang pemain akademi iaitu  James Wilson, 18, dan Tom Lawrence, 20, untuk menunjukkan bakat mereka.

Dalam perlawanan itu Wilson telah menjaringkan dua gol.

Mengenai siapakah yang bakal dibawa masuk oleh Van Gaal dalam pasukan kejurulatihannya, adalah dipercayai yang Patrick Kluivert mungkin menjadi salah seorang daripadanya dan satu nama lagi boleh jadi bekas jurulatih United sendiri iaitu Rene Muelensteen yang meninggalkan kelab itu sebaik sahaja Moyes dilantik sebagai pengurus.

Frans Hoek dikatakan sudah hampir pasti menyertai Van Gaal sebagai jurulatih penjaga gol bersama-sama penganalisis video,  Max Reckers.

Difahamkan juga yang Van Gaal akan menandatangani kontrak dua tahun bernilai £7 juta dengan opsyen untuk menyambung kontrak tersebut selama setahun lagi selepas itu.



iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan