Calon Presiden FAM Wajar Nyatakan Visi Mereka

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 11:01 PM

Annuar Musa

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa mencadangkan supaya calon jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemukakan visi masing-masing kepada perwakilan FAM.

Mengambil contoh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Annuar berkata ia perlu dilakukan bagi memastikan perwakilan FAM dapat membuat keputusan yang bijak pada Kongres tahunan badan induk itu, di Shah Alam pada 25 Mei ini.

"Media pula tidak perlulah mensensasikan secara berlebihan, biarlah kita terbuka dan tiada prejudis," katanya menerusi posting terbaru dalam laman Facebooknya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Tunku Ismail, yang jugaTunku Mahkota Johor, telah mengadakan perjumpaan tertutup bersama beberapa perwakilan FAM bagi menerangkan visi baginda, baru-baru ini.

Selain Tunku Ismail, dua lagi nama yang dicalonkan untuk merebut jawatan Presiden FAM ialah penyandang, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan anakandanya, Timbalannya Tengku Abdullah.

Selain jawatan Presiden, kongres berkenaan diadakan bagi memilih ahli exco bagi penggal 2014-2018 dan jawatan Timbalan Presiden.

Dua penyandang Naib Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Datuk Seri Subahan Kamal serta Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Abdul Mokhtar Ahmad bertanding bagi mengisi dua slot jawatan berkenaan.
Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Presiden FAM

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan