Torres & de Gea Tersenarai Dalam Skuad Piala Dunia Sepanyol

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 1:52 AM

Fernando Torres

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Chelsea, Fernando Torres dan pemain tengah Manchester United, Juan Pablo Mata adalah dua nama yang tidak disangka-sangka tersenarai dalam skuad Piala Dunia Sepanyol sebagaimana yang diumumkan oleh Pengurus, Vicente del Bosque pada Selasa.

Seorang lagi pemain Manchester United iaitu penjaga gol David de Gea turut terpilih.

Namun yang paling mengejutkan ialah keputusan del Bosque untuk menguggurkan pasangan Real Madrid, Álvaro Arbeloa dan Isco dari skuadnya.

Arbeloa adalah sebahagian daripada anggota pasukan yang memenangi Piala Eropah dan Piala Dunia dan pemain regular Sepanyol sejak enam tahun yang lalu.

Seorang lagi pemain ternama yang tidak disenaraikan ialah penyerang Tottenham Hotspur, Roberto Soldado.

Sebaliknya Torres, yang merupakan penjaring gol dalam perlawanan akhir Euro 2008 dan Euro 2012 dan tidak begitu menyerlah sepanjang musim ini tetap menjadi pilihan.

Selain Torres, Del Bosque turut menamakan lapan pemain lagi dari Liga Perdana Inggeris termasuklah penjaga gol Pepe Reina, yang kini bermain secara pinjaman dengan Napoli.

Penyandang juara itu juga diwakili oleh tujuh pemain dari Barcelona dan empat dari Real serta Atlético Madrid.

BERIKUT ADALAH SENARAI SKUAD AWAL PIALA DUNIA SEPANYOL:

Penjaga Gol: Iker Casillas, David de Gea, Pepe Reina.

Pertahanan: Sergio Ramos, Gerard Piqué, Raúl Albiol, Juanfran, Jordi Alba, César Azpilicueta, Daniel Carvajal, Alberto Moreno.

Tengah: Xavi, Javi Martínez, Xabi Alonso, Andrés Iniesta, Koke, Sergio Busquets, Santi Cazorla, Ander Iturraspe, Cesc Fábregas, Thiago Alcântara, Juan Mata, David Silva, Pedro, Jesús Navas.

Penyerang: Diego Costa, David Villa, Fernando Torres, Álvaro Negredo, Fernando Llorente.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan