Masalah Tagoe Berakhir, Kelantan Temui Penyudah

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 9:44 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkata Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) pemain importnya Prince Tagoe dijangka diperoleh esok.

"Baru sebentar tadi agen pemain berkenaan Mohamed Mroweh mengesahkan sijil ITC milik Tagoe telah sampai ke FAM dan lesen bermainnya akan dikeluarkan Rabu ini," kata Penasihat Kafa Tan Sri Annuar Musa di laman Facebooknya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Kafa tidak dapat menggunakan khidmat pemain dari Ghana itu bagi pusingan kedua Liga Super selepas gagal mendapatkan ITC.

Prince Tagoe merupakan antara pemain import baharu yang dibawa masuk Kafa selain pemain pertahanan dari Iraq, Hussein Alaa Salman yang menggantikan tempat Mohammad Ghaddar (Lubnan).

Beliau berkata penyerang Ghana itu dijangka beraksi pada perlawanan Liga Super menentang Perak pada Sabtu.

"Semua masalah berkaitan Tagoe telah selesai sepenuhnya dan dia layak beraksi Sabtu ini bertemu Perak," jelas Annuar.

Pada aksi pusingan pertama Liga Super, Perak menewaskan Kelantan 1-2 di Stadium Perak, Ipoh.

Kelantan kini berada di kedudukan kelima liga selepas 15 perlawanan dengan 22 mata, sembilan mata di belakang pendahulu liga Selangor.

Tags / Kata Kunci: Kelantan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan